Cristiano Ronaldo kecewa selepas pasukan  kebangsaannya memperolehi gol penyamaan 2-2 pada masa tambahan ketika menentang Mexico dalam saingan Piala Konfederasi.

Pemain 32 tahun itu berjaya menolak segala spekulasi tentang masa depannya bersama kelab gergasi La Liga, Real Madrid sekaligus menunjukkan persembahan hebat selaku pemain terbaik dalam perlawanan sebelum ini.

Portugal terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan Ricardo Quaresma selepas menerima hantaran leret dari Ronaldo.

Namun ianya tidak berkekalan apabila Javier Hernandez berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1 sebelum tamat babak pertama.

Cedric Soares berjaya membawa Portugal mendahului empat minit sebelum tamat perlawanan namun tandukan Hector Moreno ketika minit akhir permainan sekaligus menyekat hasrat Portugal memenangi saingan pertama kumpulan A.

“Saya berterima kasih kepada penyokong yang mengundi saya tetapi ini ianya bukan keputusan yang kami idamkan.

“Jika di lihat secara dasar, Portugal boleh mendapat tiga mata penuh tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana kami melepaskan gol pada minit akhir dan Ianya adalah normal di dalam dunia bola sepak,” ujar Ronaldo kepada FIFA TV.

Ronaldo berkata pasukannya masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya kerana masih mempunyai baki dua perlawanan.

“Jika kami menang kami semakin hampir untuk layak dan ia bukanlah masa untuk berasa gentar.”