Connect with:




Majlis Sukan Politeknik (MSP) Malaysia berjaya melakukan kejutan dalam perlawanan akhir hoki 6’s ‘indoor’ apabila berjaya menewaskan pasukan pilihan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT).

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Univeriti Kebangsaan Kebangsaan (UKM), kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik apabila saling berbalas serangan untuk memburu gol awal. Penjaga gol MSP, Amir Hakimie Shamsudin bertindak cemerlang dalan perlawanan tersebut apabila berjaya menafikan beberapa peluang keemasan pasukan UPM.

Dalam keghairahan UPM mencari gol, Muhammad Shazwi Rani muncul wira pasukan MSP apabila berjaya menjaringkan dua gol sekali gus memberi kejuaraan pertama kali untuk mereka dalam kejohanan SUKIPT.

Pemain pasukan MSP (merah), pemain UPM (oren)

Meskipun pasukan MSP tidak ada pemain kebangsaan, ia tidak memberi masalah kepada mereka untuk memberi yang terbaik setiap perlawanan yang mereka lalui. Berbanding dengan UPM yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan.

Bagi jurulatih MSP, beliau yakin yang MSP mampu lakukan kejutan dalam edisi kali ini kerana format pertandingan yang di ubah kepada ‘indoor’.

“Mereka bermain mengikut arahan dan pemain tahan kena marah antara ramuan utama kejayaan pasukan ini. Bagi saya, meskipun mereka mempunyai pemain kebangsaan, tidak semestinya mereka tidak boleh dikalahkan,” katanya.

Ketua pasukan MSP, Muhammad Zulfikar Abdul Gani berkata, perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir antara perlawanan yang begitu mencabar kepada mereka dan memerlukan komitmen yang tinggi dari setiap pemain.

“Kita tahu pasukan Universiti Malaya (UM) dan UPM mereka ada pemain kebangsaan dan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada mereka. Namun bagi saya, jika kita memberi persembahan terbaik di dalam padang dan bermain bersungguh-sungguh, kejayaan pasti akan datang,” ujat Zulfikar.

Tempat ketiga di menangi pasukan UM yang menewaskan Universiti Tenaga Nasional 2-1 dalam penentuan pingat gangsa.