Connect with:




Pelumba ski alpine, David Poisson telah meninggal dunia akibat kemalangan semasa latihan di pusat peranginan Nakiska, Kanada.

Pemain ski dari Perancis itu sedang menjalani latihan untuk perlumbaan Piala Dunia di Amerika Utara.

Menurut Kananaskis RCMP, pemain ski yang berusia 35 tahun itu meninggal akibat kecederaan yang dialami ketika terhempas melalui jaring keselamatan sekali gus melanggar pokok.

 

FAKTA TENTANG DAVID POISSON

–          Dilahirkan pada 31 Mac 1982.

–          Berasal dari Annecy, Haute-Savoie, Perancis.

–          Mewakili Perancis pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, Kanada, di mana dia berjaya menduduki tempat ke-7 dalam acara ‘downhill’.

–          Meraih gangsa pada Kejohanan Dunia 2013, merupakan podium pertamanya.

–          Telah bertanding di Norway, Australia, Switzerland, Itali dan Beaver Creek di Amerika Syarikat.

 

Foto Kredit: Zimbio