Connect with:




Pemain tengah kelab Manchester United, Paul Pogba mempersoalkan tentang taktikal kelabnya yang kurang menyerlah di bahagian serangan ketika perlawanan menentang Wolves yang berlangsung di Old Trafford.

Perlawanan yang menyaksikan United seri 1-1 dengan Wolves itu menyaksikan Pogba meluahkan rasa kurang senang apabila mereka tidak dapat mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan.

“Kami bertanding di halaman sendiri dan kami sepatutnya bermain dengan lebih baik dalam perlawanan ini,” katanya.

“Apabila kita di rumah sendiri, kita seharusnya perlu menyerang, menyerang dan menyerang. Itulah yang dinamakan Old Trafford.

“Saya merasakan pasukan akan goyah apabila melihat Man United sentiasa menyerang . Itulah kesilapan kami.”

Apabila ditanya apa yang menyebabkan pasukan gagal untuk mempamerkan aksi menyerang, Pogba memberitahu: “Saya tidak boleh beritahu anda kerana saya hanya seorang pemain.”

“Saya bukan pengurus, saya tidak boleh memberitahu sebab apa taktikal menyerang itu kurang tetapi jelas kami seharusnya mempunyai lebih banyak pilihan dalam memapamerkan taktikal tetapi saya tidak boleh mengulasnya kerana saya seorang pemain,” katanya.

“Itulah cara saya berfikir – kita perlu bergerak dengan lebih baik, kita perlu bergerak lebih banyak.”

Dalam pada itu, Pogba turut mempertahankan rakan sepasukannya, Alexis Sanchez yang mempamerkan prestasi hambar ketika bertemu Wolves dengan menyatakan Sanchez akan temui rentak terbaiknya kerana masih dalam proses untuk menyesuaikan diri selepas meninggalkan Arsenal.

Foto Kredit: Paul Labile Pogba