Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengumumkan Malaysia mendapat sokongan padu dari negara Asia Tenggara mengenai penyertaan di dalam semua acara sukan berbasikal di Sukan SEA 2017.

Selain Malaysia, Thailand dan Indonesia juga turut menyertai semua 20 acara dalam trek, lebuh raya dan BMX.

Manakala Singapura (18 acara), Brunei (11 acara) dan Timor Leste muncul negara tunggal tidak menghantar sebarang penyertaan dalam acara sukan berkenaan.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab berkata spekulasi acara keirin yang disertai juara dunia keirin, Azizulhasni Awang tidak mungkin diboikot apabila sembilan pelumba mengesahkan penyertaan selepas tarikh tutup penyertaan Jumaat lalu.

Acara tersebut boleh diistiharkan tidak sah sekiranya wakil dari negara asia tenggara tidak mencukupi.

“Ramai yang membuat tanggapan kononnya ada negara di Asia Tenggara akan memboikot atau melakukan sabotaj apabila Azizul mengesahkan dua acara iaitu keirin dan pecut pada Sukan SEA Ogos nanti” katanya.

Peluang Azizul merangkul pingat emas kembali cerah apabila lebih dari dua negara telah menyertai acara keirin.