Connect with:




Lima pasukan negara yang beraksi dalam Separuh Akhir Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Spring League di Shanghai, China yang berlangsung selama lima minggu bermula semalam adalah Victorious In Play (VIP Squad), Junior Talent, Yoodo Gank, AROV Esports dan Secret Genexsus bermula 8 Mei hingga 9 Jun 2019.

Kejohanan tersebut akan melibatkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam serta empat pasukan daripada SEA Wild Cup  dari Filipina dan Kemboja akan menguji kehebatan masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul RM681,000.

Sebanyak 24 pasukan yang menyertai liga separuh akhir bermain secara TPP dan dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan akan mempunyai lapan pasukan. Setiap pasukan akan mengharungi sebanyak 40 perlawanan secara liga dan bergilir-gilir setipa kumpulan tetapi mata akan dikira untuk kesemua kumpulan untuk pasukan terbaik.

Wakil pasukan Malaysia dalam setiap kumpulan:

Kumpulan A: VIP Squad

Kumpuln B: AROV Esports

Kumpulan C: Secret Genexsus, Junior Talent dan Yoodo Gank

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan C

Perlawanan akan diadakan selama lima hari setiap minggu iaitu empat perlawanan pada hari bekerja dan enam perlawanan akan diadakan di hujung minggu.

Rabu: Kumpulan A VS Kumpulan B

Khamis: Kumpulan B VS Kumpulan C

Jumaat: Kumpulan C VS Kumpulan A

Sabtu dan Ahad: Dua perlawanan masing-masing untuk setiap kumpulan

Hari pertama menyaksikan pasukan dari Thailand telah mendominasi tiga pasukan terbaik iaitu ILLUMINATE The Murder (iLMN TM), RRQ Athena (RRQ Ath) dan Purple Mood E-Sport (PLM) dalam empat pusingan yang dimainkan di peta Vikendi, Sanhok dan dua di Erangel. Dalam empat pusingan tersebut iLMN TM dan RRQ Ath masing-masing berjaya memenangi dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

iLMN TM memenangi WWCD pada pusingan pertama dan keempat, manakala di pusingan kedua di tempat ketiga dan pusingan ketiga berada di tempat kedua berjaya mengumpul 131 mata dengan 30 bunuhan.

RRQ Ath pula memenangi WWCD pada pusingan kedua dan ketiga, manakala di pusingan pertama di tempat lapan dan pusingan keempat ditempat kelima berjaya mengumpul 123 mata dengan 41 bunuhan. PLM yang berada dikedudukan ketiga berjaya mengumpul 87 mata dengan jumlah bunuhan sebanyak 25.

Ini telah membuktikan bahawa pasukan dari Thailand adalah pasukan yang ditakuti oleh pasukan dari negara lain. Melihat kepada cara permainan pemain dari Thailand mereka lebih taktikal dalam menyerang pihak lawan denga strategi mereka sangat berkesan.

Tetapi malang buat dua pasukan Malaysia yang bertanding di hari pertama iaitu VIP Squad dan AROV Esports yang serba tidak menjadi pada hari pertama. VIP Squad sekadar berada ditempat ke-11 dengan 29 mata dengan 9 bunuhan manakala AROV Esports berada ditempat ke-14 dengan 23 mata dengan 8 bunuhan.

Waktu perlawanan PMCO SEA Spring League

Pada hari ini Kumpulan C akan berentap untuk menentang Kumpulan B di mana empat pasukan Malaysia akan berentap. Secret Genexsus, Junior Talent dan Yoodo Gank akan berentap buat pertama kali manakala AROV Esports akan berentap kali kedua di hari kedua perlawanan.

Setiap hari perlawanan akan bermula pada jam 5 petang, bagi peminat-peminat PUBG Mobile anda boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di laman Facebook PUBG Mobile.

Foto: PUBG Mobile