Connect with:




Kehangatan Sukan Asia 2018 semakin dirasai apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Sukan Asia 2018, 10 Ogos nanti.

Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, ketua kontinjen negara memberitahu perkara tersebut telah disahkan sendiri semalam.

“Perdana Menteri dijangka bakal menyempurnakan majlis itu (penyerahan Jalur Gemilang) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada jam 8.30 pagi, 10 Ogos,” katanya.

Sukan Asia 2018 dijadual bermula secara rasmi pada 18 Ogos.

Seramai 423 atlet dan 207 pegawai bakal berkampung di sana dan kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 35 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Foto Kredit: IG Tun Dr Mahathir