Connect with:




 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tewas mengejut 1-3 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan ke-13 Liga Super yang berlangsung malam tadi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Negeri Sembilan yang turun dalam misi memburu kemenangan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Flavio Junior apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35.

Permainan terus rancak apabila PKNS terus mencari rentak untuk mencari gol penyamaan namun pemain import Negeri Sembilan, Flavio Junior sekali memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-61.

Pemain gantian Negeri Sembilan, Mohd Faris Danial Nasir yang baru dimasukkan terus mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga buat tuan rumah. PKNS sekadar memperoleh gol sagu hati menerusi Romes Oswaldo pada minit ke-72.

Skuad kendalian K. Rajagobal berpeluang untuk naik ke tangga keempat sekiranya mencatat kemenangan namun mereka gagal melakukannya. Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, kemenangan ini cukup bermakna kerana mereka menghidupkan peluang untuk keluar dari zon penyingkiran.

Ini merupakan rangkuman perlawanan malam tadi.

Foto Kredit : PKNS FC

Video Kredit : Football Cvltvre Channel