Connect with:




Kebanyakan kelab telah mula mengorak langkah yang rapi dengan merekrut beberapa pemain dari kelab lain sebelum ini. Tidak ketinggalan, skuad kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K.Rajagobal turut mengesahkan seramai tujuh pemain menyertai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) bagi musim depan.

Mengulas satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook kelab berkenaan, dua pemain pasukan  Kedah, Muhammad Ariff Farhan Md Isa yang beraksi sebagai pemain tengah dan Mohd Farhan Abu Bakar (penjaga  gol) berjaya direkrut skuad itu.

“Lima lagi pemain ialah Nicholas Ryan Swirad (pertahanan tengah/Melaka United); Tommy Mawat Bada (pemain sayap/PJ Rangers); Shafiq Shaharudin (penyerang/Kelantan) dan Mohamad Fandi Othman (pertahanan kiri/Felcra FC).”

Bukan itu sahaja, skuad semut merah juga berjaya menandatangani seorang pemain kebangsaan namun identitinya bakal didedahkan sejurus saingan AFF Piala SUzuki 2018 berakhir bagi memantapkan pasukan berkenaan.

Kini, PKNS FC mempunyai 21 pemain dengan kemasukan tujuh pemain baru dan empat pemain import serta 11 pemain yang dikekalkan.

Foto: Asean Football Federation