Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencipta sejarah apabila layak ke saingan elit, Liga Super 2012 apabila menumbangkan Johor 2-0 di Stadium MBPJ, malam tadi. Lebih manis kemenangan ke atas Johor menobatkan PKNS sebagai juara Liga Perdana musim ini walaupun saingan berbaki 3 perlawanan.

Sarawak terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua apabila menumbangkan PDRM dengan keputusan 3-0 di kandang sendiri.

Keputusan lain Liga Perdana 20 Mei 2011 :

USM FC (1) melawan Harimau Muda B (0)

ATM (1) melawan Pulau Pinang (0)

SDM Navy (2) melawan Sime Darby (1)

MP Muar (2) melawan Pos Malaysia (2)