Connect with:




Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyasarkan pelumba BMX yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejuaraan Berbasikal BMX Asia (ACC BMX) 2019 mampu mempamerkan aksi cemerlang di mana kejoahan itu bakal berlangsung di Litar BMX di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan pada 13 hingga 14 April depan.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata atlet yang mampu menyumbang pingat kepada negara maka Malaysia wajar mempertimbangkan untuk menghantar pelumba itu pada saingan Sukan SEA 2019 di Filipina November depan.

Abu Samah juga berharap dengan Malaysia menjadi pengajur sukan itu ia mampu menarik minat lebih ramai golongan muda untuk meminati sukan ini selain mempromosikan sukan yang juga salah satu acara yang dipertandinglan dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Saya sangat berharap apabila atlet kita berjaya mendapatkan pingat untuk negara dalam ACC BMX ini ia mampu membuka mata pihak berkaitan untuk memberi peluang kepada pelumba bagi mewakili negara dalam Sukan SEA 2019.

“Kejohanan ini bakal melibatkan gergasi sukan BMX termasuk Jepun dan Thailand kerana kejohanan ini salah satu pentas yang akan memberikan mata ke Sukan Olimpik 2020,” kata Abu Samah.

Dalam kejohanan kali ini, Malaysia menghantar wakil untuk empat kategori dalam acara supercross iaitu lelaki dan wanita remaja serta lelaki dan wanita elit.

Skuad lelaki elit, diwakili empat pelumba iaitu Ahmad Syazrin Awang Ilah, , Zulfikri Zulkifli, Ammar Azahar Anuar dan Muhammad Nazrul Zakaria manakala wakil wanita elit pula ialah Siti Shahirah Hashim dan Siti Natasha Mohd. Basri.

Malaysia menyasarkan untuk ke final dalam tiga kategori perlumbaan iaitu wanita elit, lelaki dan wanita junior. Antara negara yang dijangkakan menguasai perlumbaan tersebut ialah Jepun, Thailand, China, Filipina dan Indonesia. – Kosmo

Foto : ACC