Connect with:




Tonggak Barcelona, terlepas hukuman kerana meminta penyokong Espanyol mendiamkan diri selepas menjaringkan gol pada aksi kelab tetangga itu awal bulan ini malah menghina kelab itu sebelum perlawanan.

Persekutuan bola sepak Sepanyol (RFEF) berkata, pihaknya sudah menamatkan siasatan terhadap pemain itu.

Pique memberitahu dia menerima ejekan sepanjang perlawanan pada 4 Februari lalu dan ‘meminta penyokong mendiamkan diri adalah sesuatu yang sekurang-kurangnya saya mampu lakukan’.

Walaubagaimanapun, tindakan nya itu dikritik Presiden La Liga Javier Tebas yang mendakwa ia mencetuskan kemarahan penyokong Espanyol.

Ekoran insiden itu, liga utama Sepanyol itu berkata mulai ketika ini pihaknya akan meminta persekutuan menyiasat tindakan pemain meraikan jaringan yang disifatkan keterlaluan.

RFEF mengkritik tindakan Pique namun pihaknya tidak mempunyai hujah kukuh untuk mendakwanya.

“Kata-kata pemain itu tidak menggambarkan sesuatu yang bijak dan tidak membantu mengkukuhkan sukan sebagai medan bebas daripada konfrontasi sosial,” menurut satu kenyataan daripada Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan.

Sebelum perlawanan, Pique didakwa menghina Espanyol dengan berkata bahawa mereka berasal dari kawsan perbandaran Cornella dan bukannya dari Barcelona, sekaligus mencetuskan kemarahan daripada kelab dan majlis perbandaran Cornella.

Foto Kredit : squawka(dot)com