Barcelona: Hasrat pertahanan skuad kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique untuk bersara daripada pasukan itu ditarik balik selepas berfikir panjang tentang tindakannya itu.

Bersara daripada skuad kebangsaan Sepanyol akan dipertimbangkan dan perlu dinilai dengan lebih mendalam dan jika berbuat demikian persaraannya hanya akan memenangkan orang yang mengkritik dan menghinanya sahaja.

Hal ini berikutan insiden keganasan di wilayah kampung halamannya ketika polis cuba menghalang pengundi daripada menyertai pungutan suara yang diharamkan itu pada Ahad lalu.

Pique, 30 yang sempat membuang undi Ahad lalu ,kemudian bercadang menarik diri daripada kancah bola sepak antarabangsa jika jurulatih Julen Lopetegui atau rakan sepasukannya berasa tidak selesa dengan kehadirannya.

Namun, Pique tetap komited terhadap pasukan ini.

Kumpulan yang mengejek hanyalah segelintir sahaja dan Pique percaya bahwa ramai lagi penyokong yang inginnya bersama skuad Sepanyol dalam kempen Piala Dunia Russia tahun hadapan.

Sementara itu, jurulatih Sepanyol menegaskan bahawa kini masanya pasukan ini perlu memberi fokus yang cukup di samping latihan yang cukup bagi menentang Albania pada awal Sabtu ini, yang mana Sepanyol boleh memastikan Tempat ke pusingan akhir di Russia tahun depan.

Julen Lopetegui memerlukan Pique kekal bersama Sepanyol dalam edisi kali ini dan menghiraukan apa sahaja yang bukan berkaitan dengan bola sepak.

Foto Kredit: Twitter (Gerard Pique)