Pemain pertahanan Sepanyol dan Barcelona, Gerrad Pique telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Barcelona sehingga tahun 2022.

Bekas pemain Manchester United itu telah bersama Barcelona hampir 14 tahun dan merupakan tonggak utama kelab dan pemain utama pasukan negarannya.

Pemain berpengalaman seperti beliau sudah tentu sukar untuk dilepaskan apatah lagi prestasi bersama kelab juga begitu baik. Kini mereka mendahului La Liga jauh meninggalkan pesaing lain dan tidak pernah kalah lagi setakat ini.

Malah mereka hanya melepaskan 10 gol sahaja dan berjaya menjaringkan 59 gol. Ini sudah cukup untuk menceritakan bagaimana Pique mengemudi pertahanan bersama rakan-rakan beliau.

Pique juga telah capai kejayaan bersama Barcelona dengan gahnya seperti menjuarai La Liga (6), Liga Juara-Juara (3), Piala Super Sepanyol (5), Piala Raja Sepanyol (5), Piala Super Eropah (2) dan Piala Kelab Dunia FIFA (3).

Malah beliau juga telah mendakap Piala Dunia pada tahun 2010 dan Piala Eropah UEFA pada tahun 2008 dan  2012. Bagi seorang pemain, sudah pasti beliau sudah cukup kejuaraan jika mahu bersara di persada dunia bola sepak namun selagi boleh bermain dan khimat di tagihkan, selagi itulah seseorang pemain akan terus menabur bakti kepada kelab yang diwakilinya.

Foto Kredit : scoopnest(dot)com, fifa(dot)com, dailymail(dot)co(dot)uk