Semalam berlangsungnya satu acara larian di Dataran Merdeka sempena menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan. Larian Merdeka yang dianjurkan Syarikat Oriental Businesslink Events & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Permodalan Guru Malaysia menerima penyertaan yang cukup meriah dengan dikhabarkan hampir 12000 peserta mengambil bahagian.
Malah, acara turut ditaja syarikat-syarikat besar antaranya Aset Kayamas, WONDA Coffee dan Tenaga Nasional Berhad.
Bagaimanapun, lain pula yang terjadi semasa penganjuran acara tersebut. Banyak rungutan diterima dari para peserta bermula dari sesi pengambilan kit perlumbaan hingga ketiadaan pingat kepada peserta yang menamatkan larian.
Selamat Datang ke event Marathon paling sampah di Kuala Lumpur. Nak ambil medal macam nak g Perang.
Bodoh punya organizer. Kalau tak mampu buat, tak yah buat. Ni semua nak kaut untung lebih. Ambil race kit pun sampah.
Jangan la masuk event camni dah. Bullshit. #LarianMerdeka pic.twitter.com/1Gu96PRTLL
— The Incredibly Me 🇲🇾 (@rasyaik) September 15, 2018
There’s 13k participants but the volunteer told me there’s only 9k medals. #LarianMerdeka
— Rabiatul Adawiyah (@rda_sulaiman) September 15, 2018
Disaster ! Medals dah habisThose slow runners how your feel?#Larian Merdeka Night Run piss off organiser
Posted by Kelvin AwYeang on Sabtu, 15 September 2018
Gagal betul organizer Larian Merdeka ni. Race Pack Collection sehari sebelum baru boleh ambik. Pastu cakap pukul 5pm start, tapi pukul 5.30pm baru barang sampai. Pisang pisang pic.twitter.com/joHwPtiyeI
— Iwase Ken (@azamozil) September 14, 2018
Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang turut hadir bagi merasmikan pelepasan peserta.
Saya difahamkan dalam larian Merdeka night run, ada banyak runners yang dijanjikan medal tapi tak dapat kerana medal habis.
My team is in contact with the organisers. Will act swiftly. Thank you to all who contacted me.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 15, 2018
Begitupun, penganjur telah pun membuat permohonan maaf kepada para peserta menerusi laman facebook mereka. Penganjur juga berjanji untuk memastikan semua peserta yang tidak menerima pingat akan menerimanya dalam tempoh secepat mungkin.
Dear Larian Merdeka Participants,First of all, thank you for your participation in Larian Merdeka. We hope you had a…
Posted by Larian Merdeka on Sabtu, 15 September 2018
Adakah anda salah seorang peserta yang menyertai larian ini? Kongsikan kepada kami pengalaman anda.