Connect with:




Antoine Griezmann kini berpeluang untuk berhijrah meninggalkan Atletico Madrid Januari ini.

Diego Simeone memberi kebenaran untuk melepaskan pemain itu setelah hukuman penggantungan perpindahan berakhir tahun depan.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini menjadi topik perbualan hangat kerana menjadi sasaran utama Manchester United dan Barcelona.

Bintang Perancis yang semakin menyinar itu mampu melebarkan sayapnya dengan menyertai pasukan yang baik untuk masa depannya.

Berikut merupakan sejarah perpindahan pemain bola sepak dunia.

1. 220 juta euro (RM1.12 bilion)

Neymar (Brazil) dari Barcelona (Sepanyol) ke Paris Saint-Germain (Perancis), 2017

2. 105 juta euro (RM532.8 juta)

Paul Pogba (Perancis) dari Juventus (ITA) ke Manchester United (England), 2016

3. 100.8 juta euro (RM511.5 juta)

Gareth Bale (Wales) dari Tottenham Hotspur (England) ke Real Madrid (Sepanyol) 2013

4. 94 juta euro (RM477 juta)

Cristiano Ronaldo (Portugal) dari Manchester United (England) ke Real Madrid (Sepanyol) 2009

5. 90 juta euro (RM456.7 juta)

Gonzalo Higuain (Argentina) dari Napoli (Itali) ke Juventus (Itali) 2016.

 

Foto Kredit : Twitter (@AntoGriezmann)