Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton mengikat Jordan Pickford daripada Sunderland pada nilai 30 juta pound sterling (RM163.29 juta).

Penghijrahan pemain pasukan Bawah 21 tahun (B-21) England itu secara tak langsung meletakkan Pickford sebagai penjaga gol ketiga termahal di dunia, di belakang pemain baharu Manchester City, Ederson dan legenda Itali, Gianluigi Buffon.

Pickford adalah sasaran utama pengendali Everton Ronald Koeman bagi menggantikan Maarten Stekelenburg dan Joel Robles selepas kedua-dua penjaga gawang itu gagal mempamerkan aksi konsisten musim lalu.

Menurut Pickford, EPL musim lalu merupakan penampilan sulungnya dan dia mengambil peluang untuk terus maju serta tampil hebat bersama pasukan Everton.

Nilai Pickford sekali gus mengatasi Fraser Forster yang bernilai 10 juta pound (RM54.4 juta) pada tahun 2014.