Pasukan badminton lelaki negara yang diketuai oleh Lee Chong Wei bermula langkah kanan apabila mudah mencatat kemenangan 5-0 ke atas Russia dalam aksi sulung Kejohanan Piala Thomas.

Lee Chong Wei yang turun selaku pemain pertama ternyata tidak menghadapi sebarang masalah apabila mencatat kemenangan 21-9, 21-6 ke atas Vladimir Malkov.

Meskipun menghadapi tentangan dari lawan, regu lelaki negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong meneruskan rentak kemenangan dengan 21-18-21-19 ke atas Vladimir Ivanor- Ivan Sozonov. Perseorangan lelaki kedua negara, Lee Zii Jia terus menyumbang mata apabila mencatat kemenangan 21-13, 21-16 ke atas Sergey Sirant.

Meskipun masih baru digandingkan, Teo Ee Yi – Aaron Chia mempamerkan mutu permainan yang baik apabila menewaskan regu Russia, Evgenij Dremin – Denis Grachev 21- 16, 21-9.

Turun selaku pemain terakhir dan juga perseorang ketiga negara, Iskandar Zulkarnian memastikan Malaysia mencatat kemenangan bersih 5-0 apabila menewaskan Rodion Alimov 21-9, 21-12.

Foto Kredit : Badminton Association of Malaysia – BAM