Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan seramai 1,000 pemain bola sepak dalam Piala Konfederasi disahkan negatif dadah.

Menurut FIFA, ia merupakan jumlah terbesar dalam sejarah antidoping Piala Konfederasi dengan sebanyak 379 ujian dan 854 sampel telah dikumpulkan.

“Semua pemain tidak akan terlepas dari ujian malah dua pemain bagi setiap pasukan juga akan diuji oleh pegawai unit antidoping FIFA sejurus tamat semua 16 perlawanan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Bahan kawalan tersebut akan diserahkan ke makmal Agensi Antidoping Dunia di Lausanne.

Unit antidoping turut menjelaskan bahawa ujian sepanjang kejohanan Piala Konfederasi itu dianggap sebagai ‘pemanas badan untuk kejuaraan Piala Dunia di Russia yang akan berlangsung tahun depan.