Beberapa kejutan berlaku dalam saingan pusingan awal Piala FA 2013 selepas tersingkirnya beberapa pasukan pilihan termasuk pasukan Liga Super.

Sebelum itu, 2 perlawanan terpaksa ditunda ke petang Sabtu selepas keadaan cuaca dan padang yang teruk tidak mengizinkan perlawanan diteruskan iaitu pertemuan PKNS FC – LionsXII di Stadium MBPJ serta UiTM menentang Negri Sembilan di Stadium UiTM Shah Alam.

Bagaimanapun, hujan lebat dan padang yang ditakungi air tidak menghalang untuk perlawanan Kuala Lumpur bertemu Pos Malaysia diteruskan. Walaupun pergerakan bola terganggu dan membahayakan pemain, Pos Malaysia tetap berjaya menampilkan persembahan bertenaga untuk membelasah juara 3 kali itu 5-0 di gelanggang lawan.

Keadaan padang di Stadium Cheras agak mendukacitakan

Keadaan padang di Stadium Cheras agak mendukacitakan

 

Gol-gol Pos Malaysia dijaringkan menerusi Saufi Ibrahim (27), S.Sumindran (37) (60), Hasnan Isa (71) dan Razif Rahim (78). Tambah malang buat Kuala Lumpur, mereka terpaksa beraksi 10 orang pemain selepas Munir Amran diarahkan keluar padang keranan mengasari lawan pada minit ke-43.

Sementara itu, aksi tegang berlangsung di Shah Alam disamping keputusan pengadil yang memanggil balik pemain yang dilayangkan kad merah menimbulkan lagi perdebatan mengenai kredibiliti pengadil untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Selepas mendahului 2 gol pada babak pertama menerusi Marlon Alex James dan Affizi Faisal, Selangor berjaya bangkit pada babak kedua hasil 2 tandukan Afiq Azmi yang masuk menggantikan Forkey Doe yang tercedera.

Afiq Azmi wira Selangor

Afiq Azmi wira Selangor

 

Kedudukan seri 2-2 ini kekal sehingga tamat permainan sebenar termasuk masa tambahan sekaligus memaksa penentuan sepakan penalti dijalankan. Kegagalan Affizi, Marteloto dan K.Reubern menyempurnakan penalti akhirnya membawa Sselangor menang 3-2 sekaligus mara ke pusingan seterusnya.

Satu lagi perlawanan tumpuan iaitu Darul Takzim FC menentang Perak di Larkin pula menyaksikan anak buah Fandi Ahmad mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil tandukan Aidil Zafuan pada minit ke 58.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Perak yang membariskan rata-ratanya pemain muda keranan berjaya mempamerkan persembahan bertenaga sehingga menyukarkan tuan rumah untuk menang dengan jaringan lebih besar.

Kejutan turut berlaku selepas pendahulu Liga Premier, PDRM tewas kepada pasukan Liga FAM, Pulau Pinang serta tidak terkecuali kejayaan Sabah menumpaskan pasukan Liga Super, Felda United 2-1 di Likas.

Sarawak menang bergaya keatas Melaka

Sarawak menang bergaya keatas Melaka

 

Dalam pada itu, 3 pasukan berstatus negeri iaitu Kedah, Sarawak, Pahang dan Terengganu pula mudah menumpaskan lawan masing-masing.

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan pusingan pertama Piala FA:

– Selangor 2 – 2 ATM (Selangor menang penalti 3-2)
– Darul Takzim FC 1 – 0 Perak
– SPA Putrajaya FC 1 – 3 Terengganu
– Johor 2 – 3 Pahang
– Sabah  2 – 1 Felda Utd
– T-Team 3 – 2 Perlis
– Sarawak 3 – 0 Melaka
– Kedah FA 3 – 0 NS Betaria
– PDRM 1 – 2 P.Pinang
– Kuala Lumpur 0 – 5 Pos Malaysia
– Shahzan Muda 0 – 2 Tentera Darat
– PBAPP FC 5 – 1 Preach Khan Reach FC

– PKNS FC lawan LionsXII (ditunda)
– UiTM lawan Negeri Sembilan (ditunda)