Connect with:




Undian pusingan kelima Piala FA yang dilangsungkan semalam menyaksikan pasukan-pasukan pilihan berjaya mengelak daripada bertembung sesama sendiri.

Manchester City diundi bersama Wigan yang menewaskan mereka pada aksi final 2013. Jiran setempat, Manchester United pula berkemungkinan untuk bertemu dengan pasukan dari liga yang sama iaitu Huddersfield andai lawan mereka itu menang perlawanan ulangan menentang Birmingham.

Chelsea pula akan menerima kunjungan dari Hull City sementara Tottenham Hotspur berpeluang bertemu satu lagi kelab dari London iaitu Millwall. Spurs terlebih dahulu perlu menang ke atas Newport dan Millwall juga perlu menang dengan Rochdale.

Dua pasukan EPL, West Brom dan Southampton akan bertembung manakala Leicester akan berdepan Sheffield United di King Power Stadium.

Berikut undian penuh pusingan kelima Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Februari nanti.

————-

Sheffield Wednesday v Notts County or Swansea

West Brom v Southampton

Chelsea v Hull

Leicester v Sheffield United

Huddersfield or Birmingham v Manchester United

Millwall or Rochdale v Newport or Tottenham

Brighton v Coventry

Wigan v Manchester City