Connect with:




Persaingan Piala FA Inggeris kini sudah sampai ke kemuncak selepas dua pasukan telah berjaya melepasi laluan sehingga ke final. Manchester City dan Watford bakal tentukan siapa yang layak untuk menjulang Piala FA Inggeris bagi musim 2018/2019 yang bakal berlangsung di Stadium Wembley. Oleh itu mari kita saksikan rekod kedua-dua pasukan ini.

Manchester City

Jurulatih : Pep Guardiola

Gelaran : The Citizen

Laluan ke final :

Pusingan ke-3 – Rotherham (7-0)

Pusingan ke-4 – Burnley (5-0)

Pusingan ke-5 – Newport Country (4-1)

Suku akhir – Swansea (3-2)

Separuh akhir – Brighton & Hove Albion (1-0)

Pencapaian Piala FA Inggeris : 5 kali juara (1936-37, 1967-68, 2011-12, 2013-14, 2017-18)

Pemain tumpuan : Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Raheem Sterling

 

Watford

Jurulatih : Javi Garcia

Gelaran : The Hornets

Laluan ke final :

Pusingan ke-3 – Woking (2-0)

Pusingan ke-4 – Newcastle (2-0)

Pusingan ke-5 – Queen Park Rangers (1-0)

Suku akhir – Crystal Palace (2-1)

Separuh akhir – Wolverhampton Wanderer (3-2)

Pencapaian Piala FA Inggeris : Naib juara (1983-84)

Pemain tumpuan : Gerard Deulofeu, Troy Deeney, Roberto Pereyra

 

Juara Piala FA Inggeris akan ditentukan oleh Manchester City dan Watford di Wembley Stadium pada 18 Mei 2019. Manchester City dilihat mempunyai kelebihan selepas menduduki kedudukan yang lebih baik daripada Watford di Liga Perdana Inggeris, namun itu bukanlah ukuran untuk satu perlawanan final. Dalam bola sepak apa-apapun boleh berlaku.