Connect with:




Bintang LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan tidak akan bermain mewakili negaranya, Sweden pada aksi temasya bola sepak paling berprestij, Piala Dunia Rusia, Jun ini.

Hal itu telah diumumkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Sweden pada malam Khamis.

Penyerang berusia 36 tahun, yang berpindah ke LA Galaxy dari Manchester United bulan lalu, sering membayangkan keinginan untuk keluar dari persaraan itu selepas Sweden menumpaskan Itali dalam pusingan ‘playoff’ untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama dalam 12 tahun.

Bagaimanapun, kenyataan Svenska Fotbollforbundet (SvFF) yang dikeluarkan pada hari Khamis menolak kemungkinan Ibrahimovic untuk kembali beraksi.

“Sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic mengatakan untuk tidak bermain mewakili pasukan kebangsaan- Dia tidak akan berubah fikirannya. Saya bertemu dengan dia pada Selasa lepas, fikirannya masih tidak berubah untuk mewakili pasukan kebangsaan. Jawapannya seperti biasa, tidak,” kata Lars Richt [pengarah sukan].

” Disebabkan alasan yang sama dia beri, maka dia bukanlah calon untuk skuad Piala Dunia yang bakal disenaraikan jurulatih, Janne Andersson pada 15 Mei ini.

Ketika ditanya mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Sweden, Ibrahimovic mengesahkan dia tidak mempunyai niat untuk bermain di Piala Dunia.

“Saya bukan sebahagian daripada pasukan kebangsaan dan sejak saya berhenti [bersara dari tugas antarabangsa], tidak ada isu lain di sana,” katanya.

“Tetapi jika saya diberi peluang pergi ke Piala Dunia, saya akan pergi, itulah yang saya katakan sepanjang masa,” tambahnya.

Ibrahimovic, yang bersara dari persaingan antarabangsa selepas Euro 2016, mewakili Sweden pada Piala Dunia pada tahun 2002 dan pada tahun 2006.