Pemain tengah Barcelona, Javier Mascherano berkata bahawa dia akan bersara daripada bola sepak antaranbangsa selepas aksi Piala Dunia di Rusia, tahun depan.

Mascherano, yang juga digelar El Jefecito telah mewakili Argentina sebanyak 139 kali, hanya empat kurang dari Javier Zanetti, yang memegang rekod penampilan bersama skuad kebangsaan dengan 143 penampilan.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu bercakap tentang persaraannya bersama stesen televisyen Argentina.
“Selepas tamat Piala Dunia, saya tidak akan meneruskan mewakili skuad kebangsaan. Masa saya bersama mereka akan berakhir selepas itu,” katanya.

Disebabkan faktor umur, bekas pemain Liverpool itu berharap jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli akan memilihnya untuk mewakili negaranya di Rusia.

“Keputusan adalah di tangan Sampaoli untuk memutuskan sama ada saya akan berada di Rusia atau tidak.

Macherano adalah pemain serba boleh, merupakan ‘enjin’ di tengah padang bersama Xabi Alonso semasa di Liverpool dan ditukarkan menjadi pemain pertahanan selepas berhijrah ke Barcelona pada tahun 2010.

Foto Kredit: Twitter (Argentina “Selección Argentina”)