Connect with:




 

Foto Kredit : Thefa(dot)com

Jika kita dilihat prestasi semasa pasukan England, ia satu perkembangan yang sangat positif untuk pasukan England dalam kem Piala Dunia kali ini dan jika ikutkan prestasi semasa, England tampak mampu mara lebih jauh kali ini.

Sejak England di bawah kendalian Gareth Southgate, prestasi The Three Lions telah menunjukkan prestasi yang begitu mengagumkan. Dalam 10 perlawanan terakhir, England kekalkan rekod bersih tanpa kalah dengan 7 kemenangan dan 3 seri.

Piala Dunia kali ini England diundi dalam kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisa. Nampak mudah? Tapi belum tentu senang untuk lepas peringkat kumpulan.

Atas kertas, Engand tidak menghadapi masalah besar untuk mengiringi Belgium ke pusingan kedua. Namun harus diingat, dalam bola sepak penuh dengan elemen kejutan dan selagi perlawanan belum tamat, apa-apa sahaja boleh berlaku.

 

Foto Kredit : REUTERS/Dylan Martinez

Pemain tumpuan England kali ini terarah kepada ketua pasukan mereka, Harry Kane. Keupayaan beliau tidak perlu disangkalkan lagi. Beliau akan menjadi sandaran utama England untuk mencetak gol setiap perlawanan. Lumpuh Kane, tumpullah barisan serangan England.

Pemain muda yang meningkat naik, Marcus Rashford juga harus dipadang serius kerana beliau juga disebut-sebut antara pemain yang akan mencuri tumpuan dalam kem Piala Dunia kali ini.

Tetapi tahukah anda, sebelum sepak mula Piala Dunia sebelum ini pun, England selalu menunjukkan prestasi yang terbaik namun apabila tiba sepak mula Piala Dunia, skuad England seakan-akan hilang punya dan sering pulang.

Mereka datang dengan reputasi gah namun pulang dengan gelaran jaguh kampung. Adakah tahun ini England akan menerima nasib yang sama lagi?

 

Foto Kredit :  England football team