Connect with:




Malaysia Football League (MFL) buat julung kalinya mencipta sejarah baharu apabila bakal menganjurkan Piala Cabaran melibatkan lapan pasukan yang tidak menyertai Piala Malaysia musim ini.

Lapan pasukan tersebut ialah Negeri Sembilan, UKM FC, Terengganu FC II (TFC II), Sarawak, UITM FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Pulau Pinang dan satu pasukan jemputan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA).

Difahamkan, aksi pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 7 dan 8 Ogos ini yang menyaksikan UKM FC, Negeri Sembilan, TFC II dan Sarawak diundi dalam Kumpulan A, manakala UITM FC, ATM FA, JDT II serta Pulau Pinang pula berada dalam Kumpulan B.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam memberitahu, saingan Piala Cabaran yang diadakan buat kali pertama ini harus benar-benar stabil dan berjaya mendapat sambutan daripada penyokong bola sepak tempatan.

Hal ini sekaligus membuka peluang bagi membolehkan juara Piala Cabaran dalam jangka masa panjang mendapat slot automatik ke pentas Piala Malaysia untuk musim akan datang.

Foto Kredit: Football Malaysia