Connect with:




Seramai 400 peserta memeriah acara Physio Zombie Fun Run 3.0 anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Plaza Tugu Negara, Kuala Lumpur.

“Larian ini kami lakukan pada setiap tahun untuk menarik minat orang ramai untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat,

“Tema bagi acara setiap tahun juga berubah-ubah dan tumpuan kami adalah untuk mengikut trend masa kini,” kata Puan Leena Lee Poh Chen,
Ketua bahagian fisioterapi PPUM.

Zombie juga ditugaskan untuk menganggu larian peserta yang diletakkan di sesetengah ‘checkpoint’.

 

“Alhamdulilah saya berjaya untuk menamatkan larian di tempat yg pertama dalam masa 18 minit sekali gus memperbaharui catatan masa saya” kata Yussairi bin Burham, 29 yang menjadi pelari pertama sampai ke penamat.

Tarikan lain terdapat di acara ini seperti, pertandingan ‘dart’, physio challenge dan pertunjukkan mengenai penyakit yang jarang ditemui atas kerjasama dari Malaysian Rare Disorder Society.