Connect with:




Bila bercakap mengenai bolasepak Malaysia, saban tahun pasti akan ada berita mengenai kegagalan pasukan membayar gaji kepada pemain.

Semalam, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) membuat satu pendedahan yang tidaklah mengejutkan tetapi semakin memeningkan dimana terdapat 12 pasukan dan bekas pasukan dalam Liga Malaysia yang masih gagal melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM 6.4 juta.

Pasukan-pasukan yang dinyatakan dalam kenyataan PFAM iini ialah Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka United, PDRM, Felda United dan ATM.

Turut sama dinyatakan adalah bekas-bekas pasukan yang beraksi sebelum ini yang sudah berkubur seperti Perlis, TCFC, Hanelang, Kuantan FA dan MArcerra United.

Lebih mengejutkan, jumlah tersebut adalah tidak termasuk jumlah tunggakan potongan LHDN, caruman KWSP dan caruman PERKESO.

“RM6.4 JUTA ini, adalah bukti betapa industri bolasepak kita sedang tenat, atau mungkin ia tidak lagi mapan untuk bergerak sebagai sebuah industri.

“Angka RM6.4 JUTA, kita sedang menghantar mesej moral yang sangat negatif buat anak-anak kecil yang berimpian untuk memasuki industri ini. PFAM berasa teramat kecewa dengan pihak-pihak yang lepas tangan serta pihak menuding jari bermain “blame game”, lantas menzalimi para pemain yang bergantung sepenuhnya terhadap industri ini” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Setakat ini masih tiada kenyataan dikeluarkan dari kesemua 12 pasukan yang terlibat.