Connect with:




Pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk berjaya merangkul anugerah PFA Player of The Year (POTY) untuk tahun ini selepas berjaya mengetepikan cabaran daripada lima lagi pemain iaitu rakan sepasukannya, Sadio Mane, trio Manchester City, Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Bernardo Silva serta pemain Chelsea, Eden Hazard.

Van Dijk telah menampilkan prestasi cemerlang sejak bersama Liverpool. Kini van Dijk terus membantu Liverpool untuk mencabar kejuaraan daripada penyandang juara, Man City. Selain itu, van Dijk juga melaksanakan tugas dengan baik apabila membawa Liverpool ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 27 tahun ini adalah antara enam pemain pertahanan yang berjaya merangkul anugerah POTY bersama-sama Norman Hunter, Colin Todd, Gary Pallister, Paul McGrath dan John Terry.

 

Mari kita saksikan statistik pemain memakai jersi nombor 4 Liverpool sepanjang musim 2018/2019 setakat ini:

4,015 – Jumlah minit permainan bersama Liverpool dalam semua kejohanan musim ini. Lebih daripada pemain-pemain lain yang bukan kerakyatan England dalam skuad Liverpool.

3,262 – Jumlah sentuhan bola dalam Liga Perdana Inggeris. Hanya gandingan Chelsea, Jorginho (3,398) dan Cesar Azpilicueta (3,276) sahaja melebihi van Dijk.

3,205 – Jumlah minit permainan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini daripada jumlah maksimum, 3,240.

2,847 – Jumlah hantaran yang sempurna. Hanya Jorginho mempunyai jumlah hantaran sempurna yang melebihi van Dijk.

240 – Jumlah clearances yang dilakukan dalam semua kejohanan musim ini. Paling banyak dalam kalangan pemain Liverpool dan lebih dua kali ganda daripada rakan sepasukannya Joel Matip (92).

193 – Jumlah clearances yang dilakukan di Liga Perdana Inggeris. Berada di ranking top 10.

170 – Jumlah memenangi perebutan bola di udara. Berada di ranking top 5.

108 – Jumlah clearance melalui tandukan dalam Liga Perdana Inggeris. Berada di ranking top 5.

88 – Jumlah percubaan ke arah gol yang diterima Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris. Hanya Manchester City sahaja menerima jumlah percubaan yang rendah (79).

45 – Jumlah penampilan bersama Liverpool dalam semua kejohanan daripada 48 perlawanan.

34 – Jumlah kemenangan dalam setiap kejohanan.

23 – Jumlah clean sheet dalam semua kejohanan.

20 – Jumlah jaringan yang dibolosi Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris. Paling sedikit daripada pasukan-pasukan lain.

5 – Jumlah jaringan

4 – Jumlah assist

1 – Jumlah pertukaran (substitution)

Foto : LFC