Connect with:




Jika sebelum ini penyokong Arsenal sering dilabel sebagai penyokong yang emotional, nampaknya penjaga gol pasukan tersebut, Petr Cech juga sudah mengikut jejak langkah yang sama.

Ini selepas penjaga gol dari Republik Czech itu mengeluarkan tweet ketidahpuashatian terhadap akaun twitter rasmi kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Semasa perlawanan Arsenal menentang Manchester City hujung minggu lalu, Leverkusen telah membalas satu tweet dari penyokong Arsenal berkenaan kesilapan Cech yang hampir memberikan gol kepada City.

Dalam tweet balas tersebut, Leverkusen memuatnaik satu video bagaimana bekas penjaga gol mereka, Bernd Leno memulakan serangan balas yang berjaya menghasilkan gol.

Leno yang kini beraksi untuk Arsenal hanya berada di bangku simpanan selepas pengurus Unai Umery memilih Cech sebagai kesebelasan utama.

Cech jelas kelihatan terkesan dengan tweet Leverkusen lantas memuatnaik satu tweet menggesa agar Leverkusen bersikap profesional.

Leverkusen kemudiannya membalas tweet tersebut dengan….

Nampaknya Petr Cech mungkin terlalu serius dengan jenaka yang dibuat oleh Bayer Leverkusen. Mungkin beliau patut menjauhi media sosial buat sementara waktu.