Peter Richardson dari England berada di kelas yang tersendiri apabila mencatatkan jumlah 69 pukulan 3 dibawah par untuk memenangi kejuaraan Asian Development Tour(ADT) pada PGM ADT Masters di A’Famosa dengan 8 pukulan pada hari terakhir.

Richardson yang mendahului pada pusingan kedua, mendominasi permainan pada minggu itu dan mencatatkan kemenangan dengan jumlah keseluruhan 18 dibawah par 270.

Rashid Ismail dari Malaysia gagal untuk menyaingi Richardson dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua pada kejohanan bertempat di A’Famosa Golf Resort di Melaka.

Go Nakauchi dari Jepun melengkapkan senarai tiga teratas dengan jumlah 279 pukulan sementara Mitchell Slorach dari Singapura berkongsi tempat keempat kejohanan dengan Mitsuhiko Hashizume dari Jepun dan Kim Ji-Hoon dari Korea dengan jumlah pukulan sebanyak 282 pada kejohanan ADT yang bernilai RM180, 000 (kira-kira US$60,000), kejohanan ketiga ADT yang berlangsung pada musim ini.

Richardson bermula garang apabila mendahului hampir 7 pukulan keseluruhan. Beliau sedikit goyah pada permulaan saingan apabila mencatat bogey pada lubang keempat tetapi tetapi dengan tenang kembali mendahului apabila mencatatkan birdie pada lubang ke tujuh dan Sembilan untuk jumlah sebanyak 35 pukulan.

Beliau kemudian mencatatkan birdie pada lubang ke 14 sebelum mencatat satu lagi birdie pada lubang ke 18 untuk mengesahkan kemenangan ADT dan meletakkan beliau pada kedudukan yang baik untuk menamatkan saingan pada kedudukan tiga teratas dalam ‘Order of Merit’ pada penghujung musim sekaligus mendapat ‘Asian Tour Card’ untuk tahun 2013.

“Saya merasa amat yakin sejak hari pertama kejohanan lagi selepas bermula dengan baik dan saya hanya perlu mengekalkan momentum sehingga hari terakhir. Ia sememangnya satu perasaan yang hebat apabila dapat memenangi kejohanan ADT pertama saya, dimana ia kejohanan terbesar yang dimenangi saya setakat ini, dan saya akan sentiasa mengingati saat di Melaka ini”, katanya.

“Sasaran saya adalah untuk bermain pada jelajah Asia dan saya bersyukur kerana kemenangan ini akan membantu saya untuk mencapai sasaran itu”, beliau menambah.

Sementara itu Rashid meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat untuk menyaingi Richardson dari memenangi kejohanan itu. Pemain dari Malaysia itu ketinggalan akibat melepaskan beberapa peluang untuk mencatatkan birdie dimana beliau hanya mencatat 4 bogey dan 6 birdie.

“Ia sememangnya bukan hari yang baik buat saya. Saya mempunyai beberapa peluang untuk melakukan birdie dimana saya gagal dan itu telah banyak merugikan saya”, kata Rashid.

“Richardson bermain dengan sangat baik dan dialayak untuk menjadi juara”, tambah beliau lagi.

Mula ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tujuan utama untuk membuka laluan buat pemain golf professional Asia, ADT telah mendapat sokongan dari pihak korporat Asia, meningkat dari lima pada musim pertama ke lapan kejohanan pada musim 2011.

Pemain yang mendapat tempat tiga teratas pada ADT ini akan mendapat ‘Asia Tour Cards’ pada musim berikutnya,memastikan perjalanan kareer yang baik kepada pemain professional yang bercita-cita tinggi.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN :-

270 – Peter RICHARDSON (ENG) 67-55-69

278 – Rashid ISMAIL (MAS) 67-70-71-70

279 – Go NAKAUCHI (JPN) 70-69-72-68

282 – Mitchell SLORACH (SIN) 72-69-74-67, Mitsuhiko HASHIZUME (JPN) 72-70-73-63, KIM Ji-Hoon (KOR) 68-71-71-72