Connect with:




Penganjuran futsal di Malaysia kini melalui fasa baharu seiring dengan kemajuan teknologi. Pesta Futsal Rakyat – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianjurkan melalui pelaksanaan secara digital.Dalam kejohanan ini, proses pendaftaran akan berasaskan aplikasi mudah alih “Tournementor” Futsal.Asia.

Selain itu, setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID dimana ia dapat mengesan kehadiran dan pergerakan keluar masuk pemain di setiap gelanggang.

Dianjurkan oleh Futsal Asia, empat zon kelayakan akan diadakan di seluruh semenanjung iaitu di Pahang (6-7 Julai), Kedah (19-20 Julai) , Selangor (3-4 Ogos) dan Johor (16-17 Ogos) – dipertandingkan menerusi 3 kategori utama iaitu lelaki terbuka, lelaki bawah 16 dan bawah 12 tahun.Pasukan-pasukan yang berjaya dalam empat zon ini kemudiannya akan beraksi di Grand Final bertempat di Uptown Sports, Bangi pada 31 Ogos dan 1 September. Kategoti wanita turut dipertandingkan pada hari tersebut.

Pengarah Eksekutif MYEG Services Berhad, Y.H.M Dato’ Haji Raja Munir Shah berkata, “Dengan tawaran hadiah dan wang tunai melebihi RM 200 ribu, kami anggarkan seramai lebih 10000 orang peserta dijangka hadir”.

Selain kejohanan futsal, kejohanan e-games dan pertandingan panna juga turut dianjurkan bersempena Pesta Futsal Rakyat.

“Futsal sememangnya popular di Malaysia namun kurang mendapat tempat di media arus perdana. Kami berharap melalui penganjuran pertandingan ini, ia dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia” kata Praven Nair, Pengarah Eksekutif Futsal.Asia.

Pesta Futsal Rakyat 2019 ditaja oleh MYEG selain turut akan disiarkan secara langsung di hurr.tv selaku media rasmi kejohanan. Maklumat lanjut mengenai Pesta Futsal Rakyat 2019 boleh diperolehi di www.pestafutsalrakyat.con