Connect with:




Pada Sabtu lepas, Cardiff City mengumumkan mereka berjaya menandatangani pemain kelahiran Argentina, Emiliano Sala dari kelab Perancis, Nantes dengan harga 15 juta pound.

Bagaimanapun hari ini, peminat Cardiff dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat yang dinaiki pemain tersebut ketika melintasi perairan Pulau Guernsey. Emiliano berada dalam pesawat khas tersebut yang dalam perjalanan ke Cardiff dari Nantes selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan.

Perkara ini telah disahkan oleh polis Guernsey yang mengatakan kehilangan pesawat itu bermula selepas hilang perhubungan pada jarak 2300 kaki.

Setakat ini Cardiff City belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sementara bekas kelab Sala, Nantes telah mengumumkan penundaan perlawanan Piala Perancis mereka menentang Entente SG.

Sala, berusia 28 tahun bermain di posisi penyerang dan telah menjaringkan 13 gol hasil daripada 18 penampilan musim ini.