Connect with:




Susulan isu Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) menyuarakan rasa kurang senang mengenai Indonesia yang ingin menggunakan sistem undian elektronik dalam acara silat di Sukan Asia, kini mereka boleh menarik nafas lega selepas usaha untuk menjalankan undian secara manual mendapat sokongan negara bertanding.

Pengurus Besar PESAKA, Datuk Osman Nok memberitahu sebanyak Sembilan negara yang menzahirkan sokongan secara manual berbanding undian elektronik apabila delegasi teknikal menyuarakan tentang cara undian yang akan dilakukan.

“Kami berasa puas hati walaupun undian manual sememangnya lambat tapi kami yakin ianya kana menjadi lebih tulus,” katanya kepada Metro.

Dia turut menjelaskan empat lagi negara lain memilik sistem elektronik dan tiga pula memilih yang berkecuali.

Sementara itu, cabaran Pencak Silat untuk mencapai sasaran tiga emas bakal bermula hari ini di Padepokan Silat dekat Taman Mini Indonesia Indah.

Foto Kredit: Stadium Astro