Formula 1 telah memperkenalkan perubahan baharu bagi kereta perlumbaan bagi musim 2019 yang bertujuan memudahkan pelumba lain untuk mengejar atau memotong pelumba lain di hadapan.

Berdasarkan penyelidikan terhadap pengubahsuan kereta yang dibuat, ianya mampu mengurangkan kesukan sesebuah kereta untuk mengikut rapat di belakang kereta lain.

“Kajian menunjukkan kemungkinan, impak positif bakal ditunjukkan dalam perlumbaan ketika memotong,” kata  Federation Internationale de Automobile (FIA).

Perubahan kali ini dapat memudahkan pelumba untuk mengikut rapat kereta dihadapan dan memotong mereka dengan lebih selamat.

Antara perubahan yang dilakukan:

  • Reka bentuk sayap depan yang lebih ‘simple’ dengan rangka yang lebih besar, dan lebih banyak udara akan diarahkan ke dalam roda hadapan dan bukan di luar pelumba.

 

  • Saluran brek yang dipermudahkan tanpa sayap

 

  • Sayap belakang yang lebih luas dan lebih mendalam

Pada awalnya, perubahan itu dibuat selepas FIA dan pemegang hak F1 menjalankan penyelidikan yang bakal diperkenalkan pada tahun 2021 dimana sukan ini akan melakukan rombakan besar-besaran mengenai pengaturan teknikal, sukan dan kewangan.

Namun, mereka telah menemui beberapa idea yang boleh diperkenalkan sebelum 2021 sekaligus meminta pasukan pelumba untuk mengkaji kesannya.

Idea di sebalik perubahan peraturan ini adalah untuk memastikan kereta di hadapan mencipta udara yang kurang  seterusnya mempermudahkan kereta di belakang dapat mengikut dengan lebih dekat

Dalam pada itu, kepuitusan pengubahsuaian kereta turut dipengaruhi oleh perlumbaan pembukaan musim ini di Australia, di mana terdapat hanya lima pelumba sahaja yang memotong sepanjang keseluruhan Grand Prix.