Connect with:




Jika mereka mahu menang, atlet elit dan amatur perlu menjadikan kesihatan mulut mereka sebagai keutamaan.

Pertubuhan Pergigian Dunia FDI (FDI) amat bersetuju dengan kenyataan ini. Hari ini organisasi itu mengeluarkan satu siri sumber pergigian sukan untuk atlet amatur dan elitdoktor gigi dan pakar perubatan sukan, dan organisasi sukan. Keluaran ini seiring dengan musim sukan musim panas yang padat dengan aktiviti, termasuk Piala Dunia FIFA Wanita Perancis 2019, pertandingan akhir Roland-Garros (Terbuka Perancis), dan  Terbuka Amerika (golf), antara lainnya.

Kecederaan atau trauma mulut bukanlah satu-satunya dilema pergigian yang timbul semasa berlatih sukan:

  • Tekanan yang berkaitan dengan sukan boleh menyebabkan dehidrasi, mulut kering, dan pengertakan gigi.
  • Minuman tenaga dan makanan dan suplemen tertentu mengandungi gula tambahan dan bahan-bahan berasid, yang boleh menyebabkan karies dan meningkatkan risiko penyakit gusi dan hakisan gigi.
  • Kecemasan pergigian – seperti abses gusi, gigi yang dijangkiti, atau tumbuh gigi bongsu – sebelum pertandingan boleh merosakkan prestasi atau bahkan menghalang atlet daripada menyertai pertandingan sama sekali.

“Mulut yang sihat menyumbang kepada badan yang sihat. Kami jarang memikirkan tentang kesan mudarat kesihatan mulut yang tidak baik terhadap kesihatan keseluruhan dan kejayaan olahraga,” kata Presiden FDI Dr Kathryn Kell. “Kami mahu membina pemahaman ini dan memastikan ia adalah sebahagian daripada perbualan antara pakar perubatan sukan dan pesakit mereka.”

Mengabaikan kesihatan mulut memberi kesan prestasi sukan dalam beberapa cara penting:

  • Kesihatan mulut yang tidak baik memberi kesan kepada kualiti hidup dan kesejahteraan, dua elemen utama untuk prestasi sukan yang mantap.
  • Pereputan gigi dan penyakit gusi boleh menyebabkan atau mengekalkan keradangan dan jangkitan di dalam badan.
  • Sesetengah atlet juga mempunyai risiko yang meningkat untuk mengalami trauma dan kecederaan mulut dan gigi apabila menjalankan sukan sentuhan dan pertempuran tanpa perlindungan yang betul.

FDI mencadangkan memakai bebat mulut (yang dibuat khas adalah yang terbaik) apabila terlibat dalam sukan sentuhan, walaupun sukan itu dilaksanakan hanya sesekali. FDI juga menasihatkan para atlet untuk menggosok gigi dua kali sehari selama dua minit dengan ubat gigi fluorida; mengunjungi doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali; mengatasi kesan makanan dan minuman tenaga berasid dan manis dengan membilas dengan air selepas itu; dan memilih air untuk kekal terhidrat sepanjang hari.

“Kami berbangga untuk bekerja dengan FDI untuk menangani keperluan kesihatan mulut atlet secara aktif,” kata Marzia Massignani, pengurus kanan hal ehwal saintifik dan komunikasi korporat di Sunstar. “Sama ada anda seorang pemain Olimpik atau keluar untuk joging pagi Ahad, kesihatan mulut memberi kesan kepada prestasi anda. Sumber-sumber ini akan dikongsi bersama para atlet, jurulatih, dan profesional kesihatan untuk menggalakkan kesihatan mulut dan amalan kebersihan mulut yang baik untuk prestasi sukan yang optimum