Liverpool akan menanti kunjungan Everton seawal pusingan ketiga Piala FA, yang dijangka menjadi perlawanan sengit antara kedua-dua kuasa besar Merseyside itu.

The Reds dan The Toffees akan bertemu di Anfield dengan kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Kejuaraan bakal beraksi bersama bagi mencari kilauan emas dalam pertandingan ini.

Sebelum pertemuan mereka di Piala FA pada awal Januari, Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Everton dalam saingan EPL, Ahad ini.

Selain itu, juara bertahan Arsenal akan berkunjung ke Nottingham Forest manakala Manchester United bakal menentang Derby County di laman sendiri.

Tottenham Hotspur akan berada di White Hart Lane, dengan saingan dari Liga Satu AFC, Wimbledon dan pendahulu EPL, Manchester City akan menghadapi ujian tegas menentang Burnley.

Chelsea, salah satu daripada pasukan terakhir untuk dicabut undi, akan bertemu kelab dari Liga Kejuaraan, Norwich City.

Pasukan dari EPL wajar untuk tidak memandang rendah terhadap pihak lawan dari divisyen bawah kerana sejarah pertandingan ini telah menyaksikan beberapa pasukan EPL telah tumbang berdepan lawan masing-masing.

 

Foto Kredit: indonesia.liverpoolfc