Connect with:




Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal berentap sekali lagi dengan pemain nombor lima dunia, K Srikanth di suku akhir Kejohanan Badminton Asia yang berlangsung di China, esok.

Dalam pada itu, pertembungan ini merupakan yang ketiga bagi kedua-dua pemain itu dalam tempoh 12 hari sejak Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Apa yang lebih menarik, perhitungan dua seteru ini pasti menjadi suatu perlawanan sensasi memandangkan mereka terikat 1-1 selepas pertemuan di Sukan Komanwel Gold Coast  dengan Srikanth menumpaskan Chong Wei dalam acara final berpasukan campuran sebelum jaguh perseorangan negara itu bangkit menebusnya ketikan final acara perseorangan.

Justeru, pertemuan antara kedua-dua pemain itu berjaya direalisasikan selepas Chong Wei terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan wakil Indonesia, Anthony Ginting 16-21, 21-9, 21-11 dalam tempoh satu jam.

Sebaliknya, pemain India itu tidak perlu banyak mengeluarkan peluh apabila lawannya dari Hong Kong, Vincent Wong kecederaan ketika ketinggalan 7-2 di set pertama dan terpaksa menarik diri dari perlawanan.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki pula, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menebus kekecewaan di suku akhir Terbukan Singapura, tahun lalau selepas menang 21-16, 21-18 dalam masa 35 minit menentang Berry Angriawan-Hardianto Hardianto.

Mereka dijangka bakal berdepan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda di suku akhir memandangkan gandingan Jepun itu berjaya membenam He Jiting-Tan Qiang 21-16, 21-17.

Kali terakhir beregu lelaki negara meraih kejuaraan melalui Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2006 dan 2007.

Namun, Ricky Karandasuwardi-Debby Susanto dari Indonesia berjaya menunjukkan jalan keluar buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila tewas 16-21, 24-26.