Connect with:




Perselisihan antara bintang Liverpool dan Persatuan Bolasepak Mesir berhubung isu penajaan semakin tegang selepas Salah beranggapan mereka mengabaikan tuntutan terhadap salah guna imejnya itu.

Pada April lalu, pemain berusia 26 tahun itu kecewa apabila Persatuan Bolasepak Mesir telah menggunakan imejnya bagi tujuan pengiklanan mereka dengan sebuah syarikat telekomunikasi sedangkan penyerang itu sudah pun ditaja satu lagi syarikat telekomunikasi, Vodafone yang menjadi pesaing syarikat telekomunikasi yang lain.

“Adalah menjadi perkara biasa persekutuan bola sepak berusaha untuk menyelesaikan masalah pemainnya supaya mereka berasa selesa. Tetapi, saya tidak langsung mendapat respon terhadap bantahan ini.

“Ia tidak normal apabila mesej saya dan peguam saya diabaikan. Saya tidak tahu mengapa semua ini berlaku. Adakah anda tidak mempunyai masa untuk membalasnya?!” katanya dalama satu kenyataan di Twitter.

Keadaan menjadi tambah tegang selepas Salah mendakwa bahawa pemain negara itu tidak mendapat layanan yang baik.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan  akan menyampaikan surat yang dihantar oleh peguam Salah, Ramy Abbas, pada hari Isnin.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Abbas menegaskan persatuan berkenaan perlu memberi jaminana terhadap keselamatan MoSalah dan jaminan bahawa pelanggaran hak cipta tidak akan berlaku lagi.

Perkara ini sudah tentu mempengaruhi penglibatan Salah dalam skuad kebangsaan negaranya menjelang pertemuan dengan Nigeria untuk aksi kelayakan Piala Negara Negara Afrika pada 8 September ini.

Foto Kredit:

REUTERS/Arnd Wiegmann