Connect with:




Bintang UFC, Khabib Nurmagomedov mengatakan dia mahu menghadapi legenda tinju Floyd Mayweather di Moscow dalam pertarungan yang dia percaya bakal memecahkan rekod dunia.

Bukan itu sahaja, dia juga telah  bertemu dengan setiausaha agung Persekutuan Tinju Rusia dalam usaha untuk menjadikan impian tersebut suatu kenyataan.

“Mereka yakin kami akan mengumpulkan 100,000 penonton,” katanya.

Khabib yang juga memuat naik statusnya di Instagram turut menjelaskan bahawa dengan mengadakan pertarungan di Rusia, ianya sekaligus mampu “menetapkan rekod dunia untuk penjualan siaran berbayar”.

“Kami mahu perlawanan berlaku di Moscow yang bertempat di Arena Luzhniki yang bersejarah ini,” tulisnya.

Sementara itu, bekas juara dunia, Mayweather, yang mencatat rekod 50-0, menumpaskan McGregor pada Ogos 2017  dapat menjana hasil lebih daripada  £450m.

Khabib pula, sejurus menewaskan penempur Ireland itu pada awal bulan ini sekaligus memanjangkan rekodnya sendiri kepada 27-0, kemudian mencabar  Mayweather sendiri untuk berdepan dengannya.

Dalam perkembangan lain, Mayweather setuju untuk menyahut cabaran Khabib selepas berasa tercabar dengan kenyataan Khabib yang mencadangkannya untuk mengikuti jejak Conor McGregor.

Bagaimanapun, dia memberi amaran kepada jaguh Rusia berkenaan bahawa tidak ada sebarang perselisihan yang menyusul seperti kekalahan McGregor di Las Vegas.

Foto Kredit: Dexerto