Connect with:




Bintang MMA, Khabib Nurmagedov berkemungkinan bakal bertarung dalam suatu pertembungan epik bersama bintang tinju dunia, Floyd Mayweather selepas dia menewaskan Conor McGregor awal bulan ini.

Namun, apa yang menjadi persoalannya, adakah mereka bertanding di bawah peraturan MMA atau di dalam boxing ring?

Presiden UFC, Dana White menegaskan bahawa pertembungan antara Khabib Nurmagomedov dan Floyd Mayweather hanya akan berlangsung jika perlawanan tersebut mengikut peraturan MMA.

Bukan itu sahaja, pertarungan berkenaan juga harus beraksi di Octagon yang merupakan gelanggang keramat bagi seni campuran mempertahan diri (MMA).

Sebaliknya, Mayweather yang tidak berminat dengan MMA memberitahu perlawanan berkenaan akan diadakan di dalam ‘boxing ring’ dan tidak megikut peraturan MMA kerana Khabib yang mencabarnya terlebih dahulu untuk mengadakan pertarungan.

“Jika Mayweather mahu bertempur, ayuh!” kata White dalam temu ramah bersama TMZ.

“Kamu bertarung di UFC. Kami bukan lagi tinju. Kami pernah melakukannnya sekali. Itu sudah berakhir. Anda mahu bertempur, tunjukkan perjuangan yang sebenar. ”

Menerusi penjelasan dari White ini, dapat disimpulkan bahawa Mayweather tidak akan bertempur dalam tempoh terdekat ini dan Khabib pula sedang mengikat kontrak bersama UFC.

Foto: MMAFighting