Connect with:




Seorang usahawan berusia 17 tahun dari London mendedahkan bagaimana dia membina sebuah perniagaan yang menjual pakaian berjenama dan pelatih kepada pemain bola sepak yang terkenal di dunia.

Difahamkan, Sam Morgan yang menamakan perniagaannya sebagai SM Creps mempunyai pelanggan lebih daripada 300 pemain elit termasuk Paul Pogba, Kevin De Bruyne dan Mesut Ozil, serta bintang-bintang England.

Sam Morgan bersama Paul Pogba yang menjadi pelanggan tetapnya.

Usahawan kelahiran London itu berjaya mencari pakaian dan pelatih yang sukar dicari seperti Balenciaga, Fear of God, Amiri dan Gucci melalui pelbagai rangkaian sumber, kemudian menjualnya kepada pemain elit bola sepak.

Kini, dia berperanan sebagai ‘personal shopper’ melalui laman Instagramnya, yang telah melonjak kepada 66,000 pengikut.

Aubameyang merupakan salah satu pelanggan Sam Morgan.

Bukan itu sahaja, dia telah merekrut ramai bintang menerusi Fortnite (permainan atas talian) seperti Harry Kane dan Sergio Aguero.

Ramai pemain elit memilih SM Creps termasuk Kyle Walker

“Saya menikmati keseronokan dapat mnjadi penjual peribadi kepada pemain-pemain terkemuka Saya tueut mempunyai senarai siaran di Whatsapp dan setiap pemain ada di situ.

“Sejujurnya, saya suka berniaga,” katanya kepada BBC Sport.

Foto Kredit: SM_CREPS