Connect with:




Bagi mereka yang berada dalam industri fesyen, nama Melinda Looi sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Melinda merupakan pereka fesyen terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Salah satu rekaan yang ikonik pernah dihasilkan oleh Melinda ialah pakaian Wira Malaysia yang disarung barisan atlet Malaysia ketika upacara pembukaan Sukan Komanwel di Glasow, Scotland pada 2014.

Tidak terhenti setakat itu, penglibatan Melinda bersama persatuan sukan di Malaysia diteruskan menerusi kerjasama dengan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Melinda telah mereka pakaian rasmi untuk skuad gimnastik kebangsaan dengan penampilan pertama pakaian rasmi tersebut adalah pada 19 Julai bersempena dengan Kejohanan Gimnastik Junior Dunia di Moscow, Rusia.

Kerjasama ini merupakan langkah progresif MGF untuk mengukuhkan identiti korporat mereka bagi meningkatkan martabat sukan gimnastik di Malaysia.

MGF juga dalam perancangan untuk melancarkan jualan barangan cenderamata hasil dari kemunculan reka bentuk pakaian rasmi baharu ini.

Sebagai rekod, MGF kini turut menerima sokongan dari syarikat besar seperti Kenanga, Cosway dan Yayasan CIMB.