Dalam persediaan menentang All Blacks di New Plymouth pada hari Sabtu, jurulatih Argentina, Daniel Hourcade telah membuat keputusan untuk membuat sebanyak tujuh perubahan pada barisan permulaannya.

Dengan nama samaran, Los Pumas, telah tewas dua perlawanan pembukaan mereka menentang Springboks dan gagal untuk mencari konsistensi sejak mecapai separuh akhir Piala Dunia 2015 dengan memenangi hanya 5 daripada 18 perlawanan.

Hourcade berkata di New Plymouth pada hari Khamis, perubahan harus dilakukan untuk menghidupkan semula kempen Kejuaraan Ragbi pasukannya  dan menguji diri mereka terhadap juara dunia (All Black), yang juga telah mengalami kekalahan besar.

“Bagi kami untuk bermain menentang All Blacks dapat memberikan motivasi yang besar dan perolehi pelbagai perkara positif kerana menghadapi yang terbaik membuat anda menjadi lebih baik,” katanya.

“Kami bersedia menghadapi pasukan terbaik di dunia dan kami akan memasuki satu strategi untuk mengalahkan lawan tetapi kami tahu lawan yang kami ada.”

Los Pumas akan menentang All Blacks dengan rekod tidak pernah menang menentang mereka.

Foto Kredit: Sky Sport