Connect with:




Persatuan Sumo Jepun memohon maaf kepada beberapa pakar medik wanita selepas menghalau mereka meninggalkan gelanggang sumo untuk merawat seorang pegawai tempatan yang sedang pengsan.

Hal ini berpunca daripada tradisi sumo Jepun yang menganggap wanita itu suci dan kehadiran mereka ke dalam gelanggang disifatkan sebagai perkara yang tidak bersih serta boleh mencemarkan diri.

Dalam pada itu, agensi berita Kyodo melaporkan bahawa Datuk Bandar Maizuru, Datuk Ryozo Tatami rebah semasam membuat ucapan di sebuah gym behampiran Kyoto semalam.

Beberapa wanita yang berada di situ bergegas untuk membantu pegawai tersebut, namun seorang pengadil berulang kali meminta mereka untuk meninggalkan dohyo itu.

Susulan insiden itu, Tatami akhirnya dibawa ke sebuah hospital berdekatan dan dialporkan berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi persatuan sumo yang baru dipilih, Hakkaku memohon maaf atas kejadian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada medik wanita itu.

“Perkara seperti ini tidak wajar dilakukan dlaam situasi yang boleh mengancam nyawa seseorang, saya dengan rendah hati memohon maaf,” kata Hakkaku dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, situasi seperti ini berlaku pada masa kejatuhan sukan sumo di Jepun.

Sehubungan itu, Hakkaku sedang berusaha keras untuk membina semula reputasi sumo yang terancam selepas bekas juara sumo dari Jepun, Harumafuji bersara pada Disember selepas menyerang seorang junior ahli gusti.

Foto Kredit: Asahi