Permulaan yang begitu cemerlang dari atlet Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Asmalia Filzati Redzuan yang memulakan saingan SUKIPT hari ini dalam acara renang apabila berjaya memenangi 2 emas dan 2 perak.

Lebih manis, beliau berjaya memperbaharui dua rekod kejohanan dalam acara 100m ‘butterfly’ dan 200m gaya bebas.

Asmalia memenangi emas dalam acara 100m ‘butterfly’ dan  200m gaya bebas manakala perak pula menerusi acara 800m gaya bebas dan 4x200m gaya bebas berganti-ganti.

Dalam acara 100 meter ‘butterfly’, beliau lakukan catatan masa 1:05.88 mengatasi rekod yang dibuat oleh Joanita Mutiara Hapsri, 1:06.83 pada 2016.

Asmalia Filzati Redzuan (tengah)

Dalam acara 200m gaya bebas, di peringkat saringan beliau telah melakukan rekod baru kejohanan dan di peringkat akhir dalam acara yang sama, beliau sekali lagi memperbaharui rekod sendiri dengan catatan masa 2:10.47.

Untuk kejohanan SUKIPT ini, beliau menyertai 10 acara dan beliau mengharapkan akan dapat lakukan yang terbaik dalam setiap acara yang disertainya dan acara kesukaan beliau adalah 200m serta 400m.

Selepas kejohanan SUKIPT, beliau akan memberi tumpuan kepada beberapa kejohanan besar seperti Terbuka Malaysia.

“Kejohanan Terbuka Malaysia menawarkan tiket ke ASEAN Games Jakarta Palembang tahun ini dan jika saya berjaya layak ke kejohanan itu, ia akan menjadi penyertaan tertinggi saya” ujarnya.

Beliau juga mewakili Malaysia semasa Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dalam acara 200m dan 400m. Biarpun tidak berjaya memenagi pingat namun berjaya layak ke pusingan akhir acara 400m merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.