Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya mempamerkan aksi mantap untuk menduduki tempat keenam dari 32 pelumba dan mengutip 10 mata pertama dalam perlumbaan Moto3, Grand Prix (GP) Qatar 2012 di Litar Losail, semalam.

Pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu memulakan perlumbaan di petak ketujuh dan telah memberikan persaingan sengit merebut kedudukan ketiga yang berkesudahan dengan Sandro Cortese dari Red Bull KTM Ajo berjaya dalam perebutan tersebut yang melibatkan hampir lima pelumba itu.

Ia adalah permulaan yang cemerlang buat anak muda berusia 21 tahun ini dalam perlumbaan Moto3 yang baru diperkenalkan musim ini menggantikan kategori 125cc musim lalu. Cepat menyesuaikan diri dengan jentera barunya, dari ujian pra-musim lagi Zulfahmi sudah menunjukkan potensinya.

Persaingan kejuaraan Moto3 GP Qatar ini dilihat melibatkan dua pelumba iaitu Maverick Vinales (Blusens Avintia) dan Romano Fenati dari pasukan Team Italia FMI yang berkesudahan Vinales menjuarainya dengan + 4.301 berada di depan pencabarnya itu.

Keputusan Penuh Moto3 GP Qatar 2012:

1. Maverick Viñales SPA (Blusens Avintia) 38m 40.995s

2. Romano Fenati ITA (Team Italia FMI) 38m 45.296s

3. Sandro Cortese GER (Red Bull KTM Ajo) 38m 59.008s

4. Luis Salom SPA (RW Racing GP) 38m 59.195s

5. Miguel Oliveira POR (Estrella Galicia 0,0) 38m 59.740s

6. Zulfahmi Khairuddin MAL (AirAsia-SIC-Ajo) 39m 0.047s

7. Arthur Sissis AUS (Red Bull KTM Ajo) 39m 0.461s

8. Danny Kent GBR (Red Bull KTM Ajo) 39m 2.093s

9. Louis Rossi FRA (Racing Team Germany) 39m 2.148s

10. Alex Rins SPA (Estrella Galicia 0,0) 39m 9.728s

11. Alan Techer FRA (Technomag-CIP-TSR) 39m 10.770s

12. Hector Faubel SPA (Bankia Aspar Team) 39m 10.808s

13. Niklas Ajo FIN (TT Motion Events Racing) 39m 16.935s

14. Alberto Moncayo SPA (Bankia Aspar Team) 39m 16.978s

15. Jakub Kornfeil CZE (Redox-Ongetta-Centro Seta) 39m 19.636s