Atlet muda Cuba, Juan Miguel Echevarría mengungguli acara lompat jauh dalam saingan IAAF Diamond League di Stockholm, Sweden pada 10 Jun yang lalu.

Atlet muda yang baru berusia 19 tahun ini membuktikan keupayaan sebenarnya apabila melakukan lompatan sejauh 8.83 meter sekali gus jauh meninggalkan peserta lain yang lebih tua darinya. Ini juga membuktikan bahawa beliau akan menjadi pencabar utama dalam saingan acara lompat jauh untuk masa akan datang.

Dengan lompatan sejauh itu, beliau telah melakukan rekod baru mengatasi Luvo Manyonga dari Afrika Selatan yang melakukan lompatan sejauh 8.61 meter. Rekod dunia dalam acara lompat jauh masih kekal menjadi milik Mike Powell, 8.95 meter yang dilakukannya pada 1991.

Dengan usia masih muda, tidak mustahil Juan mampu memperbaharui rekod dunia jika beliau terus konsisten seperti ini.

Sebelum ini, beliau juga pernah muncul juara kejohohanan Tertutup Dunia pada bulan March yang lalu yang diadakan di United Kingdom. Juan melakukan lompatan sejauh 8.46 meter.

Ini adalah video lompatan Juan di kejohanan IAAF Diamond League di Stockholm, Sweden pada 10 Jun yang lalu.

Foto dan Video Kredit : IAAF Diamond League