DOOM VFR

Disember 1 2017

Sejurus selepas pencerobohan raksasa pada pusat penyelidikan Martian UAS, anda merupakan satu-satunya orang yang terselamat – sebelum kematian anda. Di bawah protokol kontinjensi operasi UAC yang sulit, kesedaran anda dipindahkan ke matriks otak buatan. Matlamat anda ialah memulihkan kestabilan operasi dan menggunakan apa cara sekali gus menghentikan serangan raksasa tersebut.

 

SPELLFORCE 3   

Disember 7 2017

Imbas kembali pada akar saga SpellForce, menceritakan semula kisah silam yang berlaku sebelum kejadian SpellForce: The Order of Fawn dan para pemain menjadi sebahagian daripada dari dunia fantasi bernama Eo.

 

FALLOUT 4 VR   

Disember 12 2017

Fallout 4, pengembaraan pasca apokaliptik yang dahsyat dari Bethesda Game Studios setelah meraih lebih daripada 200 anugerah ‘Terbaik’, termasuk DICE dan BAFTA Permainan Terbaik, akhirnya mengeluarkan edisi realiti maya (virtual reality). Kebebasan meneroka padang gurun sebagai satu-satunya yang selamat dari Vault 111, anda memasuki dunia yang dimusnahkan oleh perang nuklear.

 

FAR CRY 5

Februari 27 2018

 

Selamat datang ke Hope County, Montana, rumah kepada kultus taksub malapetaka dikenali sebagai Gate Eden. Terdiri daripada pemimpin, Joseph Seed dan adik-beradiknya, The Herals demi mencetuskan api rintangan dan membebaskan masyarakat yang dikepung.

 

THE CREW 2

Mac 16 2018

Edisi seterusnya dalam siri memandu Ubisoft di mana anda bertanding untuk menjadi pemandu terbaik. Permainan ini akan menampilkan dunia yang terbuka untuk pemain memandu dan menjelajah. Selain itu, pemain juga boleh memandu kenderaan lain seperti motosikal, bot dan pesawat. Pemain juga akan dapat bersaing bersama rakan mereka atau gemari pengambaraan solo, The Crew 2 mempunyai permainan luar talian (offline mode), permintaan peminat sejak edisi pertama The Crew.

 

Foto Kredit: Baltana