Connect with:




Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersedia untuk memanggil pemain dan wakil dari syarikat-syarikat dalam industri E-Sports bagi menghadiri sidang kemuncak selama satu hari di Lausanne, Switzerland pada bulan Julai.

Menerusi temu bual dengan Sport1, selain ingin mempergiatkan bidang E-Sports, presiden IOC, Thomas Bach menegaskan bahawa Sukan Olimpik sememangnya bukanlah tempat untuk mempromosikan permainan yang terlalu ganas dan kejam tetapi kemungkinan penyertaan permainan seperti Counter Strike akan diambil kira.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa tujuan sidang kemuncak ini adalah “untuk mengadakan dialog dengan ‘gaming industry’ dan para atlet dan pada masa yang sama, mendekati para Jawatankuasa Pergerakan Olimpik (Stakeholders of the Olympic Movement) sekali lagi.”

“E-Sports jelas merupakan sektor yang menarik dan semakin berkembang di mana berjuta-juta orang muda di seluruh dunia sentiasa terlibat. Jawatankuasa Pergerakan Olimpik tidak boleh mengabaikan perkara ini dengan cara apapun,” tambah Bach.

Dalam pada itu, IOC sebelum ini telah menunjukkan sokongannya kepada E-Sport menerusi Intel Extreme Masters Pyeongchang, pertandingan pameran Starcraft II yang diadakan bersama-sama Olimpik Musim Sejuk tahun ini di Pyeongchang, Korea Selatan.

Ia merupakan usaha kerjasama antara ESL, salah satu syarikat sukan terbesar di dunia dan Intel (rakan teknologi teknologi IOC).

Bagaimanapun, IOC menekankan bahawa Esports tidak boleh “melanggar nilai Olimpik,” dan pengiktirafan itu memerlukan penubuhan sebuah organisasi yang menjamin pematuhan terhadap peraturan Olimpik dalam Esports (contohnya anti-doping, manipulasi taruhan).

Sementara itu, enam jenis E-Sports seperti HearthstonePro Evolution SoccerClash Royale, and Arena of Valor dan lain-lain juga akan membuat debut mereka di Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia Ogos depan.